RSS

tugasan kdp2008 (1)(07/10/08)

 Tugasan: Pencarian Maklumat Laman Web dan Pangkalan Data Penyelidik

  1. Sebagai panduan untuk tugasan ini, ia boleh dilaksanakan dengan  menggunakan strategi metakognitif – sila pelajari kandungan laman web Metaku: http://www.3metaku.com
  2. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat  mengikut tahap kefahaman anda pada ketika itu (anda tidak perlu risau tentang skor yang anda peroleh, kerana saya ingin tahu tahap awal anda sebelum mempelajari Metaku) dan kemukakan keputusan kepada emel ge1153ukm@….
  3.  Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam tugasan pencarian maklumat    dari sekarang  hingga 26 sept 08
  4. Anda dikehendaki mencari, memilih, menilai dan mempelajari lima (5) laman-laman web yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat / ICT / komputer dalam  bidang pengkhususan anda (Pendidikan Islam, Pendidikan Khas dan Sukan & Rekreasi). Lakukan penilaian serta ringkasan ke atas setiap laman web dan  kenapa laman web itu sesuai untuk dijadikan sumber rujukan berpandukan standard pemikiran yang anda pelajari dalam http://www.3metaku.com . Dalam blog anda, kemukakan 5 alamat laman  web (URL) berserta dengan penilaian & ringkasan.
  5. Anda juga dikehendaki untuk mendapatkan dua (2) artikel  jurnal (satu berbentuk kajian dan satu berbentuk artikel konseptual) dalam format pdf yang diperoleh dari pangkalan data penyelidikan yang dilanggan oleh UKM yang berkaitan dengan dalam Teknologi Maklumat / ICT / komputer dalam  bidang pengkhususan anda (Pendidikan Islam, Pendidikan Khas dan Sukan & Rekreasi). Buat ulasan/penilaian serta ringkasan kenapa artikel jurnal  itu sesuai untuk dijadikan sumber rujukan berpandukan standard pemikiran yang anda pelajari dalam http://www.3metaku.com . Dalam blog anda, Tajuk artikel jurnal, nama jurnal, volume jurnal berserta dengan penilaian & ringkasan. Upload jurnal yang dipilih dalam yahoogroup anda dengan membuat folder Jurnal pada Files.
  6. Setelah anda tamat mempelajari maklumat dari http://www.3metaku.com , lakukan penilaian kendiri. Jawab dengan tepat  mengikut tahap kefahaman anda pada ketika itu (anda tidak perlu risau tentang skor yang anda peroleh, kerana saya ingin tahu tahap kemahiran anda selepas mempelajari Metaku) dan kemukakan keputusan kepada emel ge1153ukm@….
  7. Setelah anda tamat menggunakan Metaku, anda dikehendaki membuat penilaian berdasarkan borang yang akan saya beri kemudian

Kriteria Pentaksiran tugasan                                                                                                

  1. Analisis kendiri (dalam Metaku) (10 point)
  2. Penilaian kendiri (dalam Metaku) (10 point)
  3. Penilaian perisian Metaku (10 point)
  4. Pencarian, pemilihan dan penilaian 5  laman web (50 point)
  5. Pencarian, pemilihan dan penilaian 2 arikel jurnal  (20 point)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: