RSS

tugasan kdp2008 (3)(07/10/08)

Tugasan PowerPoint: Pembangunan e-learning (siri1)

 

 

Dalam proses pembangunan perisian  pembelajaran eletronik atau e-pembelajaran sebagai bahan bantu belajar, terdapat  3 langkah utama

  1. Perancangan
    • Analisis
    • Reka bentuk
  2. Pemantauan
    • membangunkan perisian mengikut reka bentuk yang dirancang
    • memastikan perisian sentiasa mengikut objektif yang dirancang semasa diperingkat analisis
    • membuat pengujian sama ada pautan/hiperlink/hiperteks/hipermedia, video, audio berfungsi sepenuhnya
  3. Penilaian
    • pentaksiran kendiri
    • pentaksiran rakan sebaya (peer)
    • pentaksiran  pensyarah

 

To be continued…

 

 

Tugasan PowerPoint: Pembangunan e-learning (siri 2)

 Perancangan: analisis

Anda perlu memikirkan dan mendokumentasikan perancangan untuk membangunkan e-learning dalam Blog anda.

  1. Tajuk.
  2. Beri justifikasi kepentingan tajuk berkenaan
  3. Kumpulan sasaran:  Siapakah kumpulan sasaran persembahan
  4. Tujuan perisian e-learning
  5. Senaraikan  objektif pembelajaran (mesej) yang ingin disampaikan agar kumpulan sasaran dapat mempelajari, mengaplikasi dan menghayati kandungan perisian yang anda bangunkan
    • Apakah mesej yang ingin kumpulan sasaran anda mengetahui/memahami? (aspek kognitif)
    • Apakah dan bagaimanakah yang anda  ingin kumpulan sasaran  lakukan/aplikasikan berdasar mesej tersebut dalam kehidupan seharian? (aspek psikomotor)
    • Apakah dan bagaimana anda ingin kumpulan sasaran menjiwai/ menghayati  mesej anda? (aspek afektif)
  6. Bagaimana perisian ini akan digunakan?

 

Note:  senarai mesej boleh lebih dari 3.

 

Selamat Maju Jaya  

     

Tugasan PowerPoint: Pembangunan e-learning (siri 3)

 Perancangan: Reka Bentuk: Kandungan terperinci (papan cerita)

Bagi setiap mesej yang anda telah anda senaraikan semasa fasa analisis, rangka isi kandungan persembahan bahan yang hendak dipelajari, diaplikasi/dilakukan dan dihayati/dijiwai.  Anda boleh boleh merangka – menggunakan powerpoint sama ada dalam bentuk

  1. bullet
  2. peta minda

Ingat anda masa berada dalam Fasa Perancangan – Reka bentuk Kandungan Terperinci BUKANNYA Fasa Pemantauan di mana anda membangunkan berdasar reka bentuk kandungan terperinci.

Dari masa ke semasa , upload powerpoint anda dalam yahoogroup masing-masing.

  1. klik menu files
  2. Create Folder –  namakan folder sebagai powerpoint (hanya kali pertama sahaja)
  3. Buka folder PowerPoint anda (hanya kali pertama sahaja
  4. klik add file

Pastikan nama fail ppt/pptx anda ada tarikh contoh  gaya-hidup-sehat-240808.  Setiap kali buat perubahan, sila upload dalam folder powerpoint anda.  Saya perlu untuk memantau proses pembangunan perisian anda.

Walaupun anda membuat tugasan saya individu, tetapi anda perlu bekerjasama dan bertukar-tukar pengetahuan dan kemahiran.

 Selamat Maju Jaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: