RSS

tugasan analisis metaku (1)(01/10/08)

ARTIKEL JURNAL BERBENTUK KAJIAN

1. Tajuk Artikel Jurnal: PANDANGAN YUSUF AL-QARADAWI TERHADAP FIGH SEMASA

Nama Jurnal: ISLAMIYYAT

Volume Jurnal: 26(2) (2004) : 69-81

Penilaian:

Jurnal ini sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar kerana ia merupakan kejian dan menganalisis pandangan Yusuf al-Qaradawi yang merupakan seorang Sarjana Islam kontemporari berkenaan figh semasa untuk menangani isu-isu semasa umat Islam.Menurut al-Qaradawi, pemahaman semula terhadap fiqh ini adalah penting kerana keadaan sosial, ekonomi dan politik umat Islam pada hari ini adalah jauh berbeza dengan zaman awal permulaan Islam.Artikel ini juga menganalisis pandangan beliau mengenai etika pengeluaran fatwa yang mesti dipatuhi oleh Sarjana Islam (khususnya Mufti) dalam melakukan ijtihad.

 

 

2. Tajuk Artikel Jurnal: PELABURAN PENDIDIKAN TINGGI:ANALISIS PERBANDINGAN IPTA-IPTS DI MALAYSIA

Nama Jurnal: PENDIDIKAN

Volume Jurnal: 28 (2003) : 33-46

Penilaian:

Jurnal ini sesuia dijadikan rujukan oleh pelajar kerana ia bertujuan membanding pelaburan pendidikan tinggi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan institusi pengajian  tinggi swasta (IPTS).Tujuan perbandingan ini dalah untuk melihat sejauh mana pelaburan dalam IPTS itu berbeza berbanding dengan IPTA dari segi kos-kos yang terlibat, jangkaan pulangan yang diperolahi, ciri-ciri pelajar di institusi berkenaan dan persepsi mereka terhadap program pengajian yang ditawarkan.Melalui perbandingan ini,isu dan masalah berkait dengan perkembangan pendidikan ini akan cuba dikenal pasti, khususnya yang bersabit dengan peranan IPTS.Hasil perbandingan ini penting bagi meningkatkan kefahaman kita tentang kepentingan perana IPTS dalam perkembangan pendidikan tinggi memandangkan kajian lepas menunjukkan rumusan yang berbeza mengenai peranan tersebut.

 

Leave a comment