RSS

laman web 2 (04/10/08)

4. http://www.islam.gov.my/portal/

Laman web ini merupakan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) yang merupakan jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.Laman web sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana member maklumat mengenai Hal Ehwal Islam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti bertanggungjawab dalam menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di Negara ini, merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ni dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam.

Selain itu  JAKIM berperanan dalam menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam dan melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara.

Di samping itu menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh Negara, membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksankan di Negara ini, bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai Hal Ehwal Islam dan melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

Selain itu e-Jakim memperkenalkan pautan tel/e-mail Kakitangan, e-Solat/Arah Kiblat, e-Almanak Falak, e-RHK, e-Fatwa, eMel, e-Ucapan, e-MEP, e-Rujukan, e-Jenazah, EHRJAKIM, Isu-isu Akidah, SIMPENI, SISMIM, dan MyAsset 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.http://www.ukm.my/malay/quality.html

Laman web ini sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar kerana mengandungi pelbagai bahan dalam bentuk lektronik.Sesetengahnya boleh dibaca kandungannya secara keseluruhannya, dan sesetengahnya pula hanya dapat dibaca abstraknya.Dokumen yang terdapat dalam laman ini terbahagi kepada:

1.      Penerbitan –e

2.      Jurnal –e

3.      Jurnal tebitan Penerbit UKM, dan

4.      Dokumen Kualiti

Penerbitan –e mengandungi Senada dan Resonance yang diterbitkan secara berkala dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Buku Majlis Konvokesyen pula mengandungi pelbagai mklumat berguna kepada mereka yang ingin mengetahui penerima ijazah kehormat, ijazah doctor falfasah, jazah sarjana dan sarjanamuda.

Jurnal-e  mengandungi junal berwasit seperti:

1.      e-Bangi – Jurnal atas talian

2.      Goegrafia – Jurnal atas talian Program Geografi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Pesekitaran

3.      Jurnal Pengurusan – Jurnal atas talian Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

4.      GEMA – Online Journal of Language Studies

Jurnal terbitan Penerbit UKM mengandungi jurnal yang diterbitkan oleh Penerbit UKM bagi pihak setiap fakulti secara berkala.Antaranya ialah Akademika, Islamiyyat, Jurnal Ekonomi Malaysia, Jurnal kejuruteraan, Jurnal pendidikan, Jurnal pengurusan, Jurnal sains kemasyarakatan, Jurnal teknologi maklumat dan multimedia, Jurnal undang-undang dan kemasyarakatan, sains malaysiana dan sari.Selain itu terdapat juga Buku-e dan terbitan fakulti kejuruteraan

Dokumen Berkualiti pula terdiri daripada simpanan dokumen berhubung dengan jaminan kualiti dan system pengurusan kualiti.Dokumen ini boleh dimuat turun.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: